Pages

Saturday, May 24, 2014

Update

Saya berada di tanahair untuk beberapa ketika. Tidaklah saya mengembur gemburkan kepulangan saya kerana saya takut tidak terkejar nak berjumpa semua kengkawan.

Naik teksi.
Uncle cina teksi nih bagi jalan kat orang bagi keluar simpang.
Dia bukan bagi jalan sahaja, siap tengokkan jalan nak bagi kereta tu keluar.

Naik lrt ke Ampang Park.
Dua budak India, panggil saya.
Saya cuak dah.
Rupanya nak bagi tau duit saya hampir terjatuh dari poket belakang saya.

Berdiri dalam komuter, satu awek nih keding giler termengah masuk.
Muka dia pucat giler.
Satu budak pompuan bertudung berbeg beg bagai bangun bagi tempat duduk dia.

Di komuter station subangjaya. Satu budak lelaki dressing comel terkejar lif saya naik. Saya naik lif sebab saya terhegeh hegeh bawak 3 beg. Sebelum tu, kakak yang jual air kat tangga stesen komuter subang tu bagi suruh pakai lif. Saya tak tahu pun ada lif di komuter station, hiks. Thank you kakak.
Back to the budak comel. Dia tolong saya tarik b3g saya. I heard kawan dia cakap, oh ko lari tadik sebab nak tolong kakak tu.... dia kene usik lah kut sebab tolong saya lah kut.

Naik kete dengan kawan, dia berhenti di zebra crossing, bagi orang jalan. Kata dia, itu guna zebra crossing, kereta harus berhenti bagi orang jalan kaki melintas. Tak sesia duduk di negara orang putih, awak bawak balik budaya positif dia.

Di station klsentral, orang berbaris naik lrt.
Adalah berebut naik sesikit, tapi dalam berbaris jugak. I m impressed.

Saya temankan kakak hantar anak buah masuk matrikulasi.
Mendaftar di hari kedua.
Masa mendaftar, berduyun lah orang.
I saw a boy, tolong pelajar yang abru datang angkatkan beg.
Then lepas abis anak buah masuk dan settle, I saw the same boy tolong orang lain pulak.
Saya ada borak dengan dia.
Kenalkah dia.
Tak kata dia.
Saja tolong. Sebab dia dah masuk semalam. Dah settle.
So dari tak buat apa, gi tolong orang.
Bertuahnya mak bapak kau, nak.

Minum kopi.
Saya nampak orang nih abis isap rokok, dia kutip sekali pumtung rokok  yang bersepah dan buangkan dlam tong sampah. Orang nih bukan pekerja pembersihan di pusat membeli beli belah tu ye.

Di mekdonel, saya nampak orang bersihkan mejanya sendiri. Abis makan, buang sisa dalam tong sampah. Org mekdonel tu tinggal lapkan meja sahaja.

Sweet kan dorang dorang ni semua.



8 comments:

  1. kan?
    masih ranmai yg beradab

    ReplyDelete
  2. Sejuk hati membaca cerita ni...pastu saya nampak orang buang tin coke kluar tingkap keta...saya terus terfikir...nantilah saya tukar keta ke hilux esok n pasang bull bar..akan ku sondol kereta ittew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya. Langgoooooorrrrr!

      awak sudah buat saya ketawa mengekek.

      x

      Delete
  3. Alhamdulillah..
    Masih ramai lagi manusia with BIG HEART di dunia ni.

    ReplyDelete
  4. Benda2 di atas adalah sangat tidak berlaku di padang pasir ini..saya rindu negara saya..

    ReplyDelete
  5. saya senyum dekat auntie cleaner Subang Airport dan kata terimakasih masa keluar tandas.Terus rasa gembira .

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)