Pages

Tuesday, January 28, 2014

Suatu hari

The day started like every other day.
Pick up time 3 jam sebelum flight bertolak.
Briefing dah siap.
Semua anak kapal menuju, berlenggang kobis ke kapal.
Boarding clearance, naiklah semua passenger.
449 penumpang umrah ke Jakarta.
Kapal push back.
Semua penumpang cam bertenang.
Pada semua anak kapal, lepas penumpang duduk jer, beg semua dah secured, maknanya separuh flight dah settle.
Tapi hari itu, tidak sama dengan hari hari lain.

Seatbelt sign off, my arabic speaker buat announcement bla bla bla.. dan diikuti oleh krew Indo buat announcement.
Service dah nak mula.
Saya terkial kial lagik sebab duk mengemas segala dokumen dari ground staf untuk dibagik sakgi kat ground staff.

Interphone saya berbunyik.
Macam biasa, saya akan jawab : Saya busy..tengah meeting!* saya kan kuat feeling.
Kadang saya ialah Perdana Menteri, kadang saya pak guard, kadang saya doktor..hik hik*

Krew di pintu kiri 5 cakap Piah, ada passenger kesurupan.

Beberapa saat saya cam blur.. Mende kesurupan nih?
Dalam kepala saya ...dia main terup kah?

Then i dawned on me...filem exorcist.
Ayooo maaa..
Dalam banyak banayk perkara yang saya belajar, saya takde pengetahuan tentang orang kerasukan nih.
Ohh kesurupan ialah kerasukan.
Orang bumi kenyalang is famous for mende mende gini, tapi saya sangatlah tiada tahu apa apa.
Kalau saya tahu, cissss orang yang kerja di bahagian penjadualan tu dah mendapat dah....hehehe.

Hendak tak hendak saya menuju lah ke belakang kapal.
Sampai di belakang, satu kapel nih sedang bergelut.
PEnumpang yang lain cam kekacau bilau sikit ah.
Haiyaaa...caner nak terangkan aaaa...
Yang duduk jauh sikit dari dorang nih..terjengah jengah.
Saya suh lah duduk.

Si laki laki nih, pandang saya dan terus cakap syaitan! syaitan!
Ayoooooo.. cemas pulak saya.
Dia tahu kah saya suka menyetan?
Dia menendang nendang dan cam berpencak silat di kerusi dia.
Isterinya pegang dia dengan beberapa penumpang yang lain.
Sakgi tangan dia tunjuk overheard locker.
Syaitan! syaitan!
Dia meracau racau...
Penumpang lain dah mula tak senang duduk.
Tak mau duduk di sekeliling dia, which I understand.
Sapalah nak duduk dekat orang yang meracau racau, kan?
Elok dia sorang meracau racau, dengan kekita meracau jap gik.
Tak naya?

Saya tanya isterinya, sakit apakah sang pendekar?
Dia tak jawab.
Dia cuma kata tadik dah dibagi ubat 4 bijik seblum naik kapal.
So dia bertenang.
Tah caner, tetiba dia meracau sebaik seatbelt sign off.

Krew yang lain saya suh lah continue service.
Takde apa nak ditengok, orang tu sakit.

Sang pendekar terus meracau racau tak sudah.
Camner nak buat ...flight ada dalam 9 jam lagik nak sampai Jakarta.

Saya bitau kapten lah.
Kapten tolak kat saya.
Apa pun saya putuskan dia akan ikut.
Menggong lah.

Saya gi bincang dengan isteri dia.
Saya tanya, dia boleh kah kawal laki dia dalam kapal tu lagi 9 jam.
Dia tunduk tak tau nak kata apa.
Dia cakap akan suruh dia makan ubat lagik.
Ubat penenang agaknya.
Saya terlupa nama apa.
Saya tak bagi lah dia bagik sebaba dia dah cakap dah makan 4 bijik.
Kang elok dia bersilat, saya bersilat pulak nak men cpr kan pendekar.
HEndaknya dia menyilat saya ?
Satu apa tak dapat.

Penumpang yang tadi tolong sekali dengan krew yang menolong memegang sang pendekar, dah mula penat.
Isteri dia dah tak daya.
Maybe dah berhari jaga dia sebelum naik kapal.
Dia mintak saya pakai restrain sang pendekar.
Saya mintaklah dia tulis surat dan sign kata itu dia yang request kan.
Sok lusa, takde lah syarikat atau saya mendapat petaka sebab mengikat passenger nih.

Atas kapal kita ada something we call INOP kit.
Mende nih ada beberapa mende.
Duct tape, dan some signage lah.
Saya guna duct tape untuk ikat tangan dan kaki supaya tak kurang sikit pencak silatnya.
It took 10 men  dan 2 jam 45 minit untuk ikat dia
Dia tetaplah meracau racau.
Through out the whole journey.
 Penumpang di sekitar dia tak leh nak rehat, tapi saya nak pindahkan ke mana.
Semua seat penuh.

Saya kendian adalah bercakap dengan isteri dia.
Dia cakap sang pendekar jadik macam tu masa dia tawaf.
Sebaik dia mula, dia meracau.
Dia ada menuntut ilmu.
Ilmu pepeliks lah agaknya.
Ada 'jimat', mende apatah kat dia masa dia datang buat umrah.
Saya tak tahu menahu tentang mende nih dan tak mahu berkomentar sebab saya tak tahu.

Macam dalam majalah mastika punya ceritalah, senang cerita.

Kita sampai di destinasi dengan selamat tanpa ada insiden yang tidak diingini lagik.
Selain dari makan seranah dan racauan sang pendekar lah kan.
Di airport, dia dibawa keluar oleh petugas keselamatan.

Saya harap dia segera sembuh.

8 comments:

  1. Ayoooookazambo!!!!!! Kat Redha anak kapal kena n aku rasa crew bunk tu semacam

    ReplyDelete
  2. wah, nice story. boleh I propose kat reporter utk interview you for next Mastika's story. :)

    ReplyDelete
  3. wah..bersilat diawangan gitu.. skeri jugak

    ReplyDelete
  4. Hohoho...cik puah jadik penyelamat...wirawati gayanya....
    ~Jolie~

    ReplyDelete
  5. Salam cik piah..i lurrvve your funny blog! but this one is scary .. :O

    ReplyDelete
  6. Oh dear..i bole imagine betapa chaotic nya flight masa tu... @nashays

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)